Sunday, February 21, 2010

Ajutan perbarisan

melapor kat ketua perbarisan Mejar Nor Azman

21 Feb 2010, Dataran Q, Polisas merakam sejarah utk aku. Hari dimana aku first time di pertanggungjawapkan sebagai ajutan perbarisan....

Masa mula2 diberitahu yg aku kena jadi ajutan mmg risau sgt. Coz aku pernah buat but suara tak best. Semlm masa raptai, aku tak leh nak ngelak dah, arahan boss so kena la ikut.


Lepas sekali cuba utk bagi arahan, aku mula berfikiran positif. Nak ngelak dah tak boleh kan. So aku ckp kat diri sendiri, buat jer, cuba yg terbaik, jadi tak jadi, redah jer.

Terus teringat kat Kapt Shuras (pegawai latih aku ms kadet), ngan our RSM tercinta kami, En Mastor. Terfikir klu diorg ada kat depan aku sekarang apa yg akan diorg buat, mcm mana reaksi diorg. Diorg akan gelak ker? Emm tak mungkin coz aku yakin diorg akan support aku sepenuhnya. Yakinkan aku yg aku boleh buat. Teringat segala ilmu yg mereka curahkan. Klu masa kadet ngan mula2 jadi YO, aku rasa Kapt Shuras suka kenakan aku but kemudian aku sedar, semua yg dia lakukan adalah sebagai satu pembelajaran utk aku. Dan sesungguhnya aku amat bertuah diberi peluang sebegitu rupa. Terima kasih Tuan, Terima kasih Encik.


Alhamdulillah acara berjalan lancar. Arahan yg dapat disampai dgn betul cuma tak baik coz suara pecah. Aku tak peduli coz yg penting aku dpt buat sebaik yg aku boleh. Tahniah utk diri sendiri coz aku boleh buat. Terima kasih utk kawan2 yg bagi sokongan, ramai yg berikan respon positif dan aku bangga ngan diri aku sendiri coz AKU MAMPU LAKUKANNYA :).

Ada gak suara2 sumbang dan mereka yg cuba nak kutuk tapi aku abaikan jer. Coz aku pk klu bagi kat diorg, boleh ker diorg buat. Komplen lebih mudah dari galas tanggungjawap kan.

Thanks buat suami tercinta yg beri 110% sokongan. Tanpa awk mesti sy dah pencen agaknya ngan Wataniah ni kan.


Pasni dah tak takut nak buat ajutan nih......dah mula rasa seronok dan akan terus berlatih. Anda adalah apa yg anda fikirkan. Jika kau fikirkan kau BOLEH, kau pasti BOLEH melakukan. Syabas Mazliza!

Friday, February 19, 2010

Sayang anak2 ibu.....

Alhamdulillah ari ni kakak bangun then mintak utk ke tandas (tdr petang). After g tandas kakak sambung tidur balik. Usaha utk latih kakak ke tandas tak sampai pun dua bulan. Ibu bangga ngan kakak. Sayang anak ibu.

Adik lak sekarang makin manja ngan ibu, adik risau ibu tak ingat adik ker?? Sayang ibu jgn risau key, ibu jaga anak jiran kita tu coz dia tak der tempat yg lagi dekat utk stay sementara ibu dia keja. So ibu kena beri perhatian lebih sikit kat adik tu sebab dia masih kecil. Lagipun tak lama kan, sampai kul 2 jer, after that ibu kepunyaan adik dan kakak sepenuhnya kan sayang.....

Gigi adik dah ada 8 batang (4 atas dan 4 bawah), dah makin pandai menari, menyanyi, mengira. Dah pandai bagi arahan dan tunjuk perasaan. Paling adik suka tgk Noddy kan. Dah pandai say "hello" dan "yay". Banyak perkataan yg adik dah boleh sebut dan hampir semua yg ibu/ayah ckp adik leh ikut cuma bab "ibu" jer yg adik akan diam atau paling sebut "abu". Klu pun bukan "abu" adik akan sebut "ma"/"amma". Lucu gak bunyinya....tak sabar ibu nak dengar adik panggi ibu ngan panggilan "ibu".

Tanpa disedari kejap jer kan masa berlalu.....anak2 ibu makin membesar....moga kalian menjadi anak2 solehah yg akan sentiasa mengembirakan hati ibu dan ayah serta berbakti pada masyarakat.

Wednesday, February 10, 2010

Baby sitter....

Bermula Feb 2010, aku start kerjaya baru as a baby sitter. Alhamdulillah syukur sgt coz kedua anak yg aku jaga tak der kerenah. Senang jaga diorg. Kakak suka sgt coz ada kawan baru. Adik macam biasa lah bawak diri. Tapi macam dah mula sensitif. Minggu pertama dia byk buat hal sendiri. Ni dah masuk minggu kedua dia mula mengendeng jer ngan ibu. Nak bermanja la tu. Siapapun yg ibu jaga, ibu tetap sayang anak2 ibu, adik jgn risau ok. Ibu cuma kerja jer, sambil2 tolong acik tu, ibu blh gak tolong ayah tambah pendapatan kita sekeluarga kan :).

Emm yg bestnya bila hari minggu dan ada latihan wataniah, ibu lak yg hantar kakak dan adik kat baby sitter. Hari pertama kat sana, kakak seronok sgt, sampai jer terus terkam basikal sampai kata akak tu, susu pun nak susu atas basikal tu. Adik macam biasa, nangis jap jer then ok. Ibu risau sgt takut adik ngan kakak tak leh nak biasakan diri tapi ternyata anak2 ibu pandai, cerdik dan dah besar serta boleh berdikari. So semuanya ok kan.....seronok ek kat sana coz petang leh main2 kat luar rumah (maklumlah gua kita tinggi kan...susah nak dapat peluang main kat luar).

Petang hari kedua masa ambik kakak ngan adik, adik merajuk coz ibu tak perasan adik dan kakak macam biasalah, terus terkam ibu :). Ala2 sayang.....jgn merajuk ek...ibu sayang adik....
Emm petang tu adik meragam semacam jer, ibu ingat coz baru bgn tdr tapi lepas dipujuk2 tak jln, rupanya adik lapar. Sian anak ibu, dpt susu ok sikit, then mlm makan mee goreng yg dibeli kat pasar mlm. Byk adik makan mlm tu. Emm mesti baby sitter tu tak aspek yg adik mkn lebih byk dari kakak kan coz badan adik pun lebih kurus dari kakak. Nanti bila hantar adik dan kakak ke sana lagi ibu bgtau diorg ek yg anak ibu sorang ni kerap makan supaya adik tak kelaparan lagi. Sayang Alya ibu :)

Bila di pk kan balik, kelakar gak ek, ma pun gelak kat aku, hari2 biasa aku jaga anak org, dah hari minggu aku lak antar anak utk org jaga.....macam2 hidup ni ek. Tak pernah terfikir perkara macam ni pun berlaku dlm hidup :)

Thursday, January 28, 2010

Suka...suka....

Khamis, 28 Jan 2010

Alhamdulillah balik dari ikut ayah main badminton ptg, masa naik tangga, kakak dapat kira sampai 14.....kagum sgt....he he...alhamdulillah :)

Macam semlm, hari ni acara mandi ramai2 berlangsung lagi cuma ibu jer yg tak join.

Mlm adik tdr awal dan kakak cipta sejarah sekali lagi ngan first time main gunting. Excited dan bersungguh-sungguh dia mengunting.....but lastly cuba utk gunting rambut jadi acara mengunting dihentikan serta merta....

Anak ibu dah makin besar....cepat jer masa berlalu kan.....love you all....

Wednesday, January 27, 2010

Suatu petang yg indah.....

(Rabu, 27 Jan 2010)

Alhamdulillah petang tadi ada pengambilan utk anggota baru PSTD Polisas. Aku mcm biasa mengekor la utk main2 kat sana. Petang tadi mmg best sgt.

Gelagat kakak dan adik yg dah makin pandai bawak diri menyedarkan aku yg anak2 aku dah makin besar. Adik dah tak kekok langsung, selamba jer p menyelit masa org tgh sibuk buat excersice. Paling seronok bila org buat PT 10, dia pun ikut goyangkan badan.

Sayang kami tak de kamera utk rakamkan aksi mereka berdua. (minggu depan kena usahakan gak, rekodkan gelagat diorg). Sejak hp aku rosak, dah lama tak rakam gelagat mereka. Lepas dah penat main bola, berlari, kakak layan perasaan sorang2. Kata ayah " kakak ni betul2 anak pompuan coz duk berangan sorang2 sambil layan bunga" (actually lalang tapi dia kata bunga).

Bila bunyi burung adik cepat2 tanya "apa tu" bila jawap "bird" ...dia akan ulang soalan yg sama berulang kali dan aku akan jawap sebaik mungkin.

Balik dari situ kami semua mandi sama2. Bilik air kecik kat umah ni jadi "water world" kami. Kakak ngan adik seronok. Bila bukak air pancut, adik cepat2 ngangakan mulut nak minum air tu.....beria-ia dia berusaha nak rasa air tu. Kakak pulak sibuk sabun kan ayah. Dlm tgh sabun tu siap belai2 badan ayah dan gesel2 badan dia dan kaki dia kat belakang ayah. Best kut coz sabun tu kan licin......

Lepas mandi ibu siapkan adik dan ayah siapkan kakak. Macam biasa kakak ngamuk tak nak sikat rambut. Lepas dah minum susu, kakak komplen sakit perut. Perut dia masuk angin coz mkn ptg lambat. (balik tadi dah dekat kul 8 mlm dan ibu tak bawak susu). Minggu depan dan seterusnya ibu akan bawak susu dan segala peralatan yg perlu yer....kesian anak ibu...maaf yer sayang.

Kakak ngan adik tidur awal mlm ni coz kepenatan. Emm ibu lak yg tdr lambat (skrang kul 2.39 pagi) nak siapkan tempahan kerepek kulit popia (alhamdulillah ada permintaan dan harapnya ini permulaan utk rezeki yg berterusan di masa akan datang). Jap lagi nak pek coz rasanya dah sejuk kerepek tu.

Selamat mlm buat anak2 ibu yg disayangi dan thanks byk2 utk ayah yg sanggup tdr kat ruang tamu ni utk temankan ibu. I love you sayang......:)

Tuesday, January 26, 2010

Pengenalan......

Dari semlm aku tak sabar2 nak mencoret di blog baruku ni. Nak catatkan kat sini perjalanan aku aku dlm dunia WATANIAH. Dah mata tak leh nak lelap......fikiran duk merangka-rangka ayat yg bakal aku coretan kan kat sini. Harap bila Amni, Alya dan adik2 diorg (akan dtg, insyaallah) dah besar, boleh diorg baca catatan ibu diorg mengenai dunia wataniah.



Ia nya bermula semasa aku belajar kat UMS (Universiti Malaysia Sabah). Berada jauh di seberang laut china selatan membuatkan aku mengambil keputusan utk join PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan). Tertarik ngan latihan yg diadakan pada waktu cuti semesta (coz time tu aku mesti tak leh balik semenanjung setiap kali cuti semesta coz tiket flight mahal), elaun yg ditawarkan dan minat aku mmg dah sedia tumbuh sejak kecik lagi membulatkan tekad aku.



Walaupun masa mendaftar tak de sorang pun kawan rapat yg join sama, aku dah tak kisah coz minat mengatasi segalanya. Aku redah jer ngan perasaan takut2 berani. Alhamdulillah sampai hari ni aku tak pernah menyesal dgn keputusan yg aku lakukan. Banyak perkara yg aku korbankan, byk kehilangan yg aku rasakan namun byk juga hikmah dan faedah yg aku dapati dari dunia wataniah ku ini.



Abah seorang anggota polis dan ma seorang jururawat, bermakna keduanya beruniform membuatkan aku juga berminat dgn badan beruniform ni. Mesti ada yg terfikir kenapa aku tak join polis atau st john/bulan sabit merah jer kan coz ia sama bidang ngan apa yg ma ngan abah buat. Dah yg paling utama kenapa aku join army, bukan ker army tak ngam ngan polis (sejarah dulu2). Ianya sebab bagi aku tabik polis tak smart, tabik askar nampak high class....he he....sori abah.

Apapun before join PALAPES, aku dlm keadaan ragu2 namun abah yakinkan aku, berikan aku semangat dan mendorong aku coz dia tahu ini merupakan apa yg aku minat. Salute ngan abah dan ma, coz sokongan diaorg tak pernah berkurangan dan membuatkan aku tabah melalui saat2 getir latihan (time kena teruk2 rasa mcm nak tarik diri jer.....he he).



Paling terharu bila aku lepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda, abah org kedua yg salute aku lepas jurulatih kesayangan kami, en Mastor (abah berpangkat Sjn). Sedih, bangga, terharu....mcm2 yg aku rasa.



emm byk nak tulis tapi terputus idea lak.....layan gambar lah dulu


Perbarisan masa hari pentauliahan kat USM
(senyum lebar coz dah nak kuar padang lgpun abah yg rakam gambar ni)

first time bergaya ngan mess kit lepas dah bergelar Lt M
(dari kiri: kimeng, yati, noraidah, siti, linda, alizah dan aku)