Tuesday, January 26, 2010

Pengenalan......

Dari semlm aku tak sabar2 nak mencoret di blog baruku ni. Nak catatkan kat sini perjalanan aku aku dlm dunia WATANIAH. Dah mata tak leh nak lelap......fikiran duk merangka-rangka ayat yg bakal aku coretan kan kat sini. Harap bila Amni, Alya dan adik2 diorg (akan dtg, insyaallah) dah besar, boleh diorg baca catatan ibu diorg mengenai dunia wataniah.



Ia nya bermula semasa aku belajar kat UMS (Universiti Malaysia Sabah). Berada jauh di seberang laut china selatan membuatkan aku mengambil keputusan utk join PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan). Tertarik ngan latihan yg diadakan pada waktu cuti semesta (coz time tu aku mesti tak leh balik semenanjung setiap kali cuti semesta coz tiket flight mahal), elaun yg ditawarkan dan minat aku mmg dah sedia tumbuh sejak kecik lagi membulatkan tekad aku.



Walaupun masa mendaftar tak de sorang pun kawan rapat yg join sama, aku dah tak kisah coz minat mengatasi segalanya. Aku redah jer ngan perasaan takut2 berani. Alhamdulillah sampai hari ni aku tak pernah menyesal dgn keputusan yg aku lakukan. Banyak perkara yg aku korbankan, byk kehilangan yg aku rasakan namun byk juga hikmah dan faedah yg aku dapati dari dunia wataniah ku ini.



Abah seorang anggota polis dan ma seorang jururawat, bermakna keduanya beruniform membuatkan aku juga berminat dgn badan beruniform ni. Mesti ada yg terfikir kenapa aku tak join polis atau st john/bulan sabit merah jer kan coz ia sama bidang ngan apa yg ma ngan abah buat. Dah yg paling utama kenapa aku join army, bukan ker army tak ngam ngan polis (sejarah dulu2). Ianya sebab bagi aku tabik polis tak smart, tabik askar nampak high class....he he....sori abah.

Apapun before join PALAPES, aku dlm keadaan ragu2 namun abah yakinkan aku, berikan aku semangat dan mendorong aku coz dia tahu ini merupakan apa yg aku minat. Salute ngan abah dan ma, coz sokongan diaorg tak pernah berkurangan dan membuatkan aku tabah melalui saat2 getir latihan (time kena teruk2 rasa mcm nak tarik diri jer.....he he).



Paling terharu bila aku lepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda, abah org kedua yg salute aku lepas jurulatih kesayangan kami, en Mastor (abah berpangkat Sjn). Sedih, bangga, terharu....mcm2 yg aku rasa.



emm byk nak tulis tapi terputus idea lak.....layan gambar lah dulu


Perbarisan masa hari pentauliahan kat USM
(senyum lebar coz dah nak kuar padang lgpun abah yg rakam gambar ni)

first time bergaya ngan mess kit lepas dah bergelar Lt M
(dari kiri: kimeng, yati, noraidah, siti, linda, alizah dan aku)

No comments:

Post a Comment